AL-MARHUM PENGIRAN SHAHBANDAR
PUSAT SEJARAH BRUNEI
1983
SAS - 899 (890 - 899)
-
Isi dari rakis ini pertama dimulai dengan perkataan Bismillah. Lanjutan dari telahan ini dapat diperhatikan dari isi kandungan syairnya yang bersandarkan hukum-hukum dan pengajaran Islam. Dari karangannya yang menimang-nimang dirinya dengan nama Gurindam Bayu membawa erti bahawa pengarang ini menggambarkan kedudukan nasib badannya sebagai seorang yang malang. Gambaran Pengiran Indera Mahkota merajuk dan pandangan orang terhadap dirinya yang kurang mendapat perhatian, terutama sekali apabila kedudukannya yang telah dilupakan oleh Sultan Omar Ali Saifuddin II semasa baginda melantik James Brooke menjadi Raja Sarawak jelas sekali disebutkan dalam syair itu. Beliau merasa sedih dan pilu tatkala kuasa memerintah Sarawak telah diserahkan kepada James Brooke itu, padahal lantikan terhadap Pengiran Indera Mahkota untuk menjadi Gabenor Sarawak masih belum dibatalkan. Maka dengan sebab inilah Pengiran Indera Mahkota ini mensifatkan dirinya dalam syair itu sebagai orang yang terbuang, sentiasa menjadi buruan dan diselubungi oleh pilu dan sedih seumpama orang buangan yang bukan punya tanah airnya sendiri.