MEMOIR KHATIJAH SIDEK PUTERI KESATERIA BANGSA

Pengarang: 

WAN HASHIM WAN TEH

Penerbit: 

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI

Tahun Terbit: 

1995

Daerah/Wilayah: 
Lain-Lain
Rak: 

BLS - 920.72 (920-929)

ISSN/ISBN: 

967-942-309-3

Jumlah Halaman: 
190

Khatijah Sindek merupakan seorang tokoh wanita yang unik dan luar biasa dari segi pribadi dan perwatakannya. Ia adalah pemimpin wanita UMNO yang pertama dengan lantang dan terbuka dalam memperjuangkan supaya hak wanita dalam parti disamatarafkan dengan hak kaum lelaki. Di persidangan Agung UMNO 1053, beliau menuntut supaya kaum ibu diberikan hak untuk mengundi dan ditambahkan bilangan wakil mereka di peringkat kebangsaan. Khatijah terlalu berani dan radikal manakala suaranya terlalu lantang untuk partai-partai politik Melayu yang bersifat sederhana yang mementingkan kompromi dan sifat tolak ansur serta kesabaran. Khatijah sememangnya dilahirkan untuk berjuang, pada mulanya menentang penjajah Belanda di Indonesia, dan kemudian menentang penjajah Inggris di Singapura dan Tanah Melayu. Satu perkara yang harus diingat ialah Khatijah Sidek merupakan seorang pemimpin yang tidak pernah mengecapi sebarang nikmat hasil perjuanggannya. Agak menyedihkan semasa perisytiharan Tanah Melayu merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957, Khatijah menghadapi masalah ketiadaan wang tambang teksi dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk menghadiri upacara itu.