WAN HASHIM WAN TEH
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI
1993
SUA - 959.5 (950-959)
967-942-267-4
Pekikan kalimah Iran ’Marakbar Asri’ (pergi mampus Asri!) yang berselang seli dengan kalimah Allahuakbar! dalam muktamar ke 28 PAS, Oktober 1982 akhirnya menumbangkan Asri dari kepimpinannya. Pemuda-pemuda PAS ketika itu hanya ada satu tekad yaitu menegakkan Negara Islam di Malaysia. Sepuluh tahun kemudian Asri menulis memoir politiknya ini dan PAS belum lagi dapat melaksanakan quo vadisnya itu. PAS sebaliknya terpaksa berkongsi kuasa di Kelantan, dan menjadi pembangkang di Terengganu dan Parlimen. Dua belas tahun sebelum itu, PAS dibawah Asri berkuasa di Kelantan dan mempunyai wakil dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, Perlis, Kedah dan Perak. Politik kompromi cara Asri bahkan telah memberi tempat kepada PAS dalam kabinet pusat, menjadi exco negeri, selain wakil PAS dapat hadir dalam Dewan Negara, menjadi duta dan menduduki beberapa badan berkanun. Demikanlah Asri memperlihatkan political will yang ada padanya sehingga turut diajak pembangunan semula kedudukan politik negara yang telah runtuh sama sekali sesudah pilihan raya umum 1969. Pada saat ini Asri sudah tidak ada lagi. Double standard PAS dalam mempertahankan quo vadis negara Islamnya itu sudah lama ditolak oleh Asri karena itu juga menurut Asri merupakan penolakan rakyat.