MEMOIR A. SAMAD ISMAIL DI SINGAPURA

Pengarang: 

A. SAMAD ISMAIL

Penerbit: 

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Tahun Terbit: 

1993

Daerah/Wilayah: 
Lain-Lain
Rak: 

BSL - 920.5 (920-929)

ISSN/ISBN: 

967-942-266-6

Jumlah Halaman: 
275

Sewaktu di sekolah, Samad kuat membaca dan pintar mengarang. Utusan Melayu menghantar Samad ke mahkamah, membawanya ke rumah persundalan, menyumbatnya ke penjara sebelum membuangnya ke Jakarta. Sedang Utusan Melayu mendekatkan Samad kepada British, Berita Malai mengajarnya kewartawanan ala Jepun. Sepanjang kerjanya sebagai orang surat khabar, ia dipuji dan dihormati, dikeji dan dicaci. Sejak awal Samad tidak pernah menjanjikan kemewahan, tiga bulan bekerja sebagai wartawan tanpa digaji, tiga kali disumbat ke sel - dipenjarakan tanpa dihakimi atau disambitkan. Sebagai wartawan, Samad menyaksikan dan mencatat banyak peristiwa serta detik sejarah. Sebagai pengarang dan pemimpin akhbar, beliau sebenarnya yang mencorakkan serta merencanakan fakta sejarah yang berlaku pada zamannya.