PUITIKA SASTERA MELAYU SUATU PERTIMBANGAN

Pengarang: 

MUHAMMAD HAJI SALLEH

Penerbit: 

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Tahun Terbit: 

1992

Daerah/Wilayah: 
Lain-Lain
Rak: 

SAS - 899 (890 - 899)

ISSN/ISBN: 

967-942-236-4

Jumlah Halaman: 
40

 

Puitika ini ialah ciptaan suatu persekitaran, suatu masyarakat, pandangan dan cara hidup dan menuntut kritikawan melihat keseluruhan konteksnya. Kajian ini cuba memperlihatkan perlunya pentakrifan kesusasteraan dari sudut pandangan orang-orang Melayu yang lebih menekankan pengajaran dan bimbingan moral. Tambahan pula kesusasteraan lebih membawa konotasi ecriture, tanpa batas biasa kesusasteraan. Dalam konsep teks sastera, orang-orang Melayu mengalami suatu tegangan binari. Di suatu pihak karya itu suci mulia, dicipta oleh leluhur yang membawa kebenaran, tetapi di pihak lainnya pergerakan waktu, bahasa, gaya dan konteks menuntut perubahan dan penyesuaian. Dalam estetika Melayu sifat-sifat didaktik, kepadatan, kemerduan irama, bahasa dan persembahan, kesesuaian dan kesederhanaan dan ”hairan” dilatardepankan.

 

PUITIKA SASTERA MELAYU SUATU PERTIMBANGAN