AHMAT ADAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1994
SUA - 959.5 (950-959)
967-942-243-7
Dari satu segi, akhbar dan majalah Melayu abad ke-19 mempunyai peranan yang sama yaitu menyebarkan maklumat serantau dan menyebarkan penggunaan bahasa Melayu. Dari segi lain pula, baik bagi akhbar yang diterbitkan di negeri Selat dan negeri Perak, maupun bagi akhbar-akhbar yang terbit di Jawa dan Sumatera, ada semacam pengiterafan di kalangan pembacanya bahwa rantau Malaysia-Indonesia ini adalah suatu kesatuan kebudayaan yang apabila dilihat pada isu kandungan akhbar dari kedua wilayah tanah jajahan yang berbeda penjajah itu, amat jelas tercermin sifat homogen diantara kedua masyarakat. Akhbar berbahasa Melayu abad yang lalu jelas menunjukkan bahwa hubungan diantara gugusan pulau Indonesia dengan Semenanjung Tanah Melayu sejak dahulu adalah bersinambungan, dan semuanya ini diperbolehkan oleh penggunaan bahasa Melayu. Perkembangan akhbar berbahasa Melayu jelas menonjolkan rantau ”Melayu” yang berbahasa Melayu sebagai sebuah entiti budaya yang hidup dan mempunyai unsur kedinamikaannya yang tersendiri.