HASROM BIN HARON
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1995
SUA - 959.5 (950-959)
967-942-304-2
Sempena perayaan dua puluh lima tahun UKM, 1970-1995 Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil kesempatan bagi merakamkan kemajuan dan kecemerlangan penerbitan yang dicapainya. Penerbit UKM asalnya berfungsi sebagai sebuah urusetia Jawatankuasa Penerbitan UKM yang diluluskan kewujudannya pada tahun 1971, setahun sesudah universiti bergerak dengan rasmi. Pada awalnya Jawatankuasa Penerbitan UKM mempunyai program penerbitan yang bersemangat. Sekarang terbitan Penerbit UKM adalah lebih luas dan mendalam. Pada masa ini Penerbit UKM menerbitkan buku, monograf dan jurnal dalam semua subjek yang utama. Selain menerbitkan bahan ilmiah dan kajian, terbitan bentuk kreatif dan bersifat umum-ilmiah juga diterbitkan. Satu lagi pencapaian dalam tempoh suku abad Penerbit UKM ialah pengiktirafan mutu terbitan UKM. Sejak tahun 1992, apabila penerbit menyertai perebutan hadiah buku Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Penerbit UKM sudah tiga tahun meraih pelbagai hadiah, termasuk hadiah utama hadiah Buku Kebangsaan1992 bagi buku Memoir Arena Wati : Enda Gulingku karya Sasterawan Negara Arena Wati yang menjadi karyawan tamu Universiti Kebangsaan Malaysia sebelumnya.