Buku yang menghimpunkan 60 esei, rencana, kertas kerja dan ulasan yang pernah diterbitkan dalam pelbagai media dan dibentangkan dalam pelbagai seminar bahasa ini merupakan satu usaha untuk merakamkan liku-liku perjalanan yang telah dilalui oleh bahasa Melayu sepanjang tempoh 100 tahun yang lalu. Pandangan yang dimuatkan dalam buku ini adalah beraneka, sekali gus menyerlahkan warna-warni sejarah…
Ramai yang beranggapan bahawa negeri Sarawak tandus dalam perkembangan bahasa dan sastera bercorak kebangsaan. Demikiankah hakikat sebenarnya? Dua puluh sembilan buah esei kritikan yang termuat dalam buku ini dapat memberikan jawapan terhadap persoalan ini. Esei kritikan tersebut dibahagikan kepada enam bahagian yang merangkumi aspek-aspek cerita rakyat; sejarah perkembangan sastera…